Pendidikan inklusif merupakan satu isu global
dan di beberapa buah negara, termasuk Malaysia telah menyatakan matlamat dan
dasar secara bertulis untuk mencapai objektif tersebut. Usaha untuk membentuk
komuniti sekolah yang lebih inklusif telah menghadapi berbagai halangan, dilema
dan kontradiksi yang menghasilkan reformasi pendidikan secara permukaan dan ad
hoc. Ini adalah satu usaha untuk mengenal pasti masalah utama dalam pembentukan
dasar semasa untuk menginklusikan pelajar dengan meneliti dasar dan teori
pendidikan serta ekologi persekolahan yang sedia ada. Perkara ini dimulakan
dengan menjejak rasionalke arah pendidikan inklusif dengan membicarakan konsep
inklusi daripada perspektif hak asasi manusia dan impak kajian empirikterhadap
perkembangan pendidikan inklusif. Berpandukan tinjauan literatur dan analisis
dasar, didapati bahawa perkembangan pendidikan inklusif di Malaysia telah
didorong oleh perspektif yang sempit dan terbatas; dan menunjukkan bahawa
dimensidimensi input, proses, hasil, serta faktor luaran adalah saling
berkaitan dan saling bergantung pada konteks. Analisis ini boleh dijadikan asas
untuk menyemak semula dan mencadangkan dasar dan amalan pendidikan inklusif di
Malaysia. Langkah ke arah pendidikan inklusif seterusnya perlu menggunakan
pendekatan lebih luas yang meliputi sistem pendidikan perdana. Hanya dengan
memahami matlamat sebenar persekolahan dan bagaimana sekolah sebagai sebuah
institusi sosial boleh menyumbang secara berkesan, agenda untuk reformasi ke
arah kualiti dan ekuiti pendidikan untuk pelajar dengan keperluan khas adalah
satu usaha yang berterusan.
1.0 Pendahuluan
Tujuan kertas kerja ini adalah untuk mencadangkan pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif (PPI) untuk Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran (KKBP) di Sek. Keb. Kuala Nal, Kuala Krai, Kelantan. Istimewanya program ini ialah setiap kelas yang mempunyai murid bermasalah pembelajaran akan disertasi oleh seorang guru pendidikan khas (guru damping) yang akan membantu murid-murid tersebut. Semua guru kelas dan guru mata pelajaran akan diberi kursus pendedahan berkaitan dengan murid-murid bermasalah pembelajaran dan Program Pendidikan Inklusif oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan badan pendidikan khas yang lain seperti Persatuan Autistik Kebangsaan Malaysia atau The National Autism Society Of Malaysia (NASOM) dan Pertubuhan Kanak-Kanak Insan Istimewa Cemerlang (PKIIC). Jangkaan dapatan daripada pelaksanaan program ini ialah guru-guru kelas dan guru mata pelajaran akan dapat menjalin kerjasama yang baik dengan guru-guru pendamping dari badan yang lain untuk membantu aktiviti pembelajaran murid-murid bermasalah pembelajaran. Murid-murid ini akan mampu mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran bersama-sama rakan sekelas yang lain dan berdikari sekiranya guru pendamping tidak hadir. PPI ini akan berkesan jika dirancang dengan rapi oleh pihak sekolah dengan kerjasama dan pemantauan berterusan dari KPM dan dijangka akan dapat diimplimentasikan dengan berkesan dan sistematik.



6.2 Tenaga pengajar
2.0 Pernyataan
Masalah
Program Pendidikan Inklusif (PPI) di sekolah arus perdana
mengintegrasikan satu hingga lima murid berkeperluan khas dalam kelas arus
perdana. Namun begitu, hanya segelintir murid berkeperluan khas mengikuti PPI.
Ini kerana masih banyak sekolah arus perdana kurang bersedia untuk melaksanakan
pendidikan inklusif serta kurangnya kepercayaan dan keyakinan ibubapa untuk
memilih pendidikan inklusif untuk anak-anak mereka yang berkeperluan khas.
Selain itu kurangnya penglibatan organisasi atau badan-badan tertentu dalam
menyediakan guru pendamping yang boleh mengajar semua jenis kanak-kanak
mengagalkan usaha untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan
lebih berkesan. Walaupun pendidikan inklusif digalakkan oleh Kementerian
Pelajaran, namun implementasi pendidikan inklusif masih belum lagi meluas. Oleh
yang demikian, cadangan/garis panduan yang menyeluruh ini perlu dijalankan
dalam pelaksanaan PPI di Sek. Keb. Kuala Nal supaya ia dapat diimplimentasikan
secara berkesan dan memberi impak positif kepada semua murid yang terlibat sama
ada murid berkeperluan khas mahupun murid normal yang berada di kelas tersebut.
3.0 Objektif
- Memberi peluang kepada murid berkeperluan khas menerima pengajaran dan pembelajaran dan menyertai semua aktiviti bersama dengan murid aliran perdana.
- Pelajar khas dapat belajar dengan kadar lebih berkesan dalam kelas biasa daripada mereka berada dalam situasi yang terpisah. Ini kerana pertambahan peluang-peluang untuk belajar dan mempraktikkan kemahiran-kemahiran baru dalam konteks yang lebih natural dengan wujudnya model-model rakan sebaya (role model).
- Menggalakkan perhubungan sosial yang positif di antara pelajar berkepeluan khas dengan murid di aliran perdana.
- Pelajar aliran perdana mendapat keuntungan daripada usaha-usaha mereka menyokong dan membantu mengendalikan rakan-rakan ‘Khas‘ sekelas mereka. Mereka juga dapat belajar memahami rakan-rakan ‘Khas’ ini tanpa mengira perbezaan, kekurangan dan kecacatan.
- Melawan sikap diskriminasi pelajar normal terhadap pelajar berkeperluan khas .
- Menambah keyakinan diri pelajar berkeperluan khas untuk menghadapi masyarakat.
- Pendidikan Inklusif menyediakan peluang yang lebih kepada pelajar berkeperluan khas untuk berdikari dan memperolehi peluang pekerjaan.
4.0 Kepentingan
cadangan/ garis panduan
Hasil garis panduan ini diharapkan akan dapat memberikan
maklumat kepada pihak-pihak yang terlibat dalam perancangan dan pelaksanaan
Program Pendidikan Inklusif (PPI) murid-murid berkeperluan khas seperti Jabatan
Pendidikan Khas, KPM, Unit Pendidikan Khas Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat
Pendidikan Daerah dan pentadbir sekolah-sekolah yang mempunyai Program
Intergrasi Pendidikan Khas di sekolah-sekolah harian. Pihak yang tersebut perlu
memberikan perhatian yang lebih menyeluruh dalam merancang dan melaksanakan
program yang lebih berkesan bagi murid–murid tersebut. Di pihak pentadbir
sekolah dan guru-guru di sekolah pula diharapkan mendapat maklumat bagi
menyediakan PPI yang berkesan bukan sahaja kepada murid inklusif tetapi juga
melihat kepentingan sosial murid normal yang dipaksa menerima murid
berkeperluan khas sebagai rakan sekelas. Penyediaan tempat yang sesuai akan
membolehkan pihak yang terlibat dalam pelaksanaan PPI dapat merancang dengan
lebih berkesan untuk mencapai fungsinya. (Farell et al, 2002).
5.0 Tinjauan Literatur
5.1 Definisi
Pendidikan Inklusif
Pendidikan Inklusif dalam konteks pendidikan khas adalah
pendidikan yang diberikan kepada murid-murid dengan keperluan pendidikan khas
yang belajar bersama-sama dengan murid-murid normal, di dalam kelas yang sama
dan diajar oleh guru biasa (Abdul Rahim Selamat, 1994). Dalam erti kata lain,
pendidikan ini melibatkan pelajar-pelajar berkeperluan khas di dalam
kelas-kelas biasa di mana bantuan yang sesuai kepada mereka diberikan bagi
membolehkan mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran bersama rakan sebaya
mereka (Kamariah Jalil, 1995).
5.2 Pendidikan
Inklusif di Malaysia
Pendidikan Inklusif bukanlah satu perkara baru di Malaysia.
Yang baru hanyalah istilahnya, dan istilah inilah yang telah mengelirukan kita
semua. Pada masa dahulu istilah "Program Percantuman’ atau ‘Integrated’
telah digunakan. Negara Malaysia telahpun mengamalkannya sejak 1962 lagi
(Zaleha Tambi Adam, 1997). Murid yang mempunyai masalah penglihatan, masalah
pendengaran, kesukaran bertutur, masalah pembelajaran adalah antara mereka yang
boleh dikategorikan sebagai murid berkeperluan khas. Di Malaysia, murid-murid
berkeperluan khas diberi peluang untuk menerima pendidikan dengan menghadiri
satu daripada tiga opsyen persekolahan iaitu sekolah pendidikan khas; program
integrasi pendidikan khas atau program pendidikan inklusif. Pendidikan khas di
Malaysia pada masa kini adalah di bawah tanggungjawab empat kementerian iaitu
Kementerian Kesihatan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,
Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian
Sumber Manusia.
5.2.1 Program
Pendidikan Khas Integrasi
Program Pendidikan Khas yang dijalankan di sekolah-sekolah
yang mempunyai murid-murid berkeperluan khas.
5.2.2 Program
Pendidikan Inklusif (PPI)
Peluang pendidikan untuk murid-murid berkeperluan khas
belajar di dalam kelas biasa bersama-sama murid-murid normal di aliran perdana
dengan mengikuti kurikulum biasa, mendapat bimbingan sama rata oleh guru mata
pelajaran dengan dibantu oleh guru pendidikan khas (guru pembimbing).
5.2.2.1 Inklusif
Penuh
Murid berkeperluan khas yang mengikuti pembelajaran
sepenuhnya dalam kelas aliran perdana dengan bantuan guru pendidikan khas (guru
pembimbing).
5.2.2.2 Inklusif
Separa
Murid berkeperluan khas mengikuti sebahagian pembelajaran
dalam mata pelajaran atau aktiviti tertentu dalam kelas aliran perdana dengan
bantuan guru pendidikan khas (guru pembimbing).
5.3 Badan-badan
Bukan Kerajaan yang Terlibat dengan Pendidikan Khas
Selain Kementerian Pendidikan, pendidikan khas juga
dikendalikan oleh pelbagai organisasi, persatuan dan badan-badan sukarelawaan.
Badan Bukan Kerajaan atau NGO (Non-Governmental Organisations), ditubuhkan oleh
masyarakat setempat dan wujud di merata-rata tempat di negara kita.
Peristiwa ‘Tahun Antarabangsa Orang-orang Cacat pada 1986’
telah membuka mata pelbagai pihak terhadap pendidikan untuk kanak-kanak
berkeperluan khas. Ekoran daripada itu berbagai-bagai aktiviti dilaksanakan
bagi menyedarkan ibu bapa dan masyarakat tentang hal-hal berkaitan dengan
kanak-kanak berkeperluan khas. Selepas tahun tersebut, bilangan kanak-kanak
berkeperluan khas yang berdaftar di pusat tertentu serta guru pendidikan khas
telah bertambah, yang memperlihatkan kesedaran pelbagai pihak terhadap
keperluan pendidikan kepada golongan ini. Antara Badan Bukan Kerajaan yang
terlibat dengan penyediaan pendidikan khas ialah:
- Persatuan Kanak-kanak Spastik (Spastic Children’s Assocation) yang menyediakan intervensi awal untuk kanak-kanak kerencatan mental di antara umur 2-16 tahun
- Pusat Bimbingan Sinaran Matahari yang mengajar kanak-kanak berkeperluan khas kemahiran hidup serta kemahiran sosial.
- Pusat Harian Kanak-Kanak Istimewa yang terlibat dengan intervensi awal bagi kanak-kanak di antara 0-6 tahun serta kemahiran hidup untuk kanak-kanak di antara umur 6-16 tahun.
- Yayasan Sindrom Down Kiwanis (Kiwanis Down Syndrome Foundation) yang komited kepada kebajikan kanak-kanak sindrom down dan tumpuan ialah kepada kanak-kanak di bawah 6 tahun. Kini Yayasan ini mengendalikan enam pusat pendidikan untuk kanak-kanak sindrom down di merata tempat dalam Malaysia.
5.4 Akta
perundangan dan dasar antarabangsa mengenai Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-bangsa
Bersatu atau United Nations Educational Scientific and Cultural Organisation
(UNESCO) menyatakan, sekolah biasa yang mempunyai orientasi Pendidikan Inklusif
adalah kaedah paling berkesan bagi melawan sikap diskriminasi terhadap murid
keperluan khas. UNESCO menggesa semua kerajaan menjalankan dasar Pendidikan
Inklusif dengan mendaftarkan murid berkeperluan khas di sekolah-sekolah biasa.
Di Amerika Syarikat, sokongan terhadap Program Pendidikan
Inklusif (PPI) mempunyai sejarah yang agak panjang. Ia dimulakan dengan Akta
Pendidikan untuk Semua Kanak-kanak Cacat 1975, kemudian bertukar nama menjadi
Akta Individu Kurang Upaya (IDEA) 1990, dan beberapa pengubahsuaian pada akta
ini pada tahun 1997. Semua akta ini memastikan khidmat pendidikan disediakan
untuk semua murid, tanpa mengira sifat kurang upaya atau keperluan pembelajaran
mereka, dan bahawa ciri pelajaran ini agak tekal di seluruh Amerika Syarikat.Di
Great Britain, perundangan kurang terperinci berbanding perundangan di Amerika
Syarikat, dan ini membolehkan pihak berkuasa pendidikan mentafsir undang-undang
ini dalam pelbagai cara (Dyson dan Millward, 2000). Di Australia dan New
Zealand, tiada perundangan yang bersifat kebangsaan yang dapat menentukan
secara khusus, perkhidmatan pendidikan khas bagi memenuhi keperluan pendidikan
murid berkeperluan khas.
6.0 Strategi
Pelaksanaan
Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah banyak bergantung kepada corak interaksi guru dengan murid, murid dengan
murid dan murid dengan bahan pengajaran. Bagi memenuhi keperluan murid
berkeperluan khas yang berada di dalam kelas, guru mata pelajaran akan membuat
penyesuaian. Keadaan ini akan mengubah corak interaksi sedia ada dan sebaliknya
memberi kesan kepada murid-murid normal pula. Pelaksanaan Program Pendidikan
Inklusif (PPI) akhirnya, tidak memberi apa-apa kesan positif kepada murid
berkeperluan khas. Malang sekali jika murid-murid normal turut rasa tergugat
dan menganggap program ini telah memberi kesan negatif terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran mereka (Gargiulo, R.M. 2006). Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan, yang dirancang Kementerian Pelajaran Malaysia sedang ke
arah meningkatkan PPI di kalangan murid-murid berkeperluan khas, maka satu
garis panduan yang menyeluruh perlu dijalankan terhadap semua faktor yang
mempengaruhi pelaksanaan program tersebut.
6.1 Jenis-jenis
pelajar masalah pembelajaran
- Lemah dalam pelajaran - "Slow Learner"
- Autistik
- Down Syndrome
- Terencat akal ringan.
- Hyperaktif
- Cerebral Palsy
6.2 Tenaga pengajar
Peranan dan tanggungjawab Guru pendidikan khas (guru pembimbing)
dan Guru mata pelajaran dalam menjayakan Program Pendidikan Inklusif (PPI)
adalah:
6.3 Kemudahan asas untuk pelajar khas
- Kerusi meja seperti pelajar-pelajar normal.
- Buku Teks mengikut kemampuan tahap KKBP walaupun berada di sekolah menengah.
- Bahan-bantu mengajar boleh diubah suai oleh guru resos dan Jawatankuasa akademik.
- Bahan rujukan/peralatan tambahan - atas kebijaksanaan/ inisiatif pihak sekolah.
- Bilik resos - perlu diadakan untuk tujuan sesi bimbingan dan khidmat bantu dan kaunseling.
6.4 Pengurusan
- Menyelenggara alat bantu dengar berfungsi dengan baik
- Memastikan semua murid memakai alat bantu dengar
- Merakam program siaran TV Pendidikan untuk digunakan mengikut jadual waktu yang sesuai
- Bekerjasama dengan guru lain di sekolah dan agensi luar untuk membantu murid bermasalah pendengaran dari segi hal ehwal kebajikan dan kesihatan
- Mengadakan kolaborasi dengan pihak luar dalam menyalurkan maklumat, pendidikan dan pengetahuan kepada murid bermasalah pembelajaran.
6.5 Kelas bimbingan
dan aktiviti-aktiviti tambahan
- Mengadakan kelas bimbingan tambahan bagi murid yang akan menduduki peperiksaan umum.
- Mengadakan kelas bimbingan bahasa isyarat kepada ibubapa/ penjaga murid supaya dapat membantu menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru di rumah.
- Membimbing murid dalam penggunaan perisian teknologi maklumat dan komunikasi.
- Mewujudkan dan menyelia perjalanan aktiviti Kelab Komunikasi Seluruh di sekolah.
- Melibatkan diri dalam aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum di dalam dan di luar sekolah.
7.0 Syor
Pihak pentadbiran Sek. Keb. Kuala Nal adalah dipohon untuk
mempertimbangkan dan meluluskan cadangan pelaksanaan Program Pendidikan
Inklusif (PPI) supaya ia dapat dilaksanakan dengan sistematik dan berkesan.
8.0 Rumusan
Cadangan/garis panduan ini adalah satu usaha untuk melihat
pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif (PPI) murid berkeperluan khas. Kejayaan
pelaksanaan program yang bakal dijalankan di sekolah ini adalah berdasarkan
ciri-ciri yang telah disenaraikan. Usaha yang berterusan perlu bagi memastikan
program ini dapat dijalankan dengan teratur dan berjaya. Kita dapat
meningkatkan murid-murid berkeperluan khas ini dari satu liabiliti menjadi satu
asset yang penting dan berguna kepada Negara di mana mereka boleh menjadi modal
insan yang gemilang satu hari nanti.
Rujukan
Kamariah Jalil. (1995). Ke arah Peluang Yang Sama Dan
Penyertaaan Sepenuhnya. Kertas Kerja Pendidikan Inklusif: Pendidikan Untuk
Semua. Primula Beach Resort, Terengganu.
Farrell, P. &
Ainscow, M. (Ed.). (2002). Making Special Education Inclusive. London: David
Fulton Publisher.
Abdul Rahim Selamat.
( 1994 ). Strategi-strategi bagi pelaksanaan Pendidikan Inklusif. Bengkel
Kebangsaan Pertama Pendidikan Inklusif. Seaview Hotel Langkawi.
Zaleha Tambi Adam.
(1997). Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Kanak-kanak Khas Bermasalah
Pembelajaran di sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Tesis Masters yang tidak
diterbitkan, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Dyson, A. &
Millward, A. (2000). Schools and Special Need: Issues of Innovation and Inclusion.
London: SAGE Publications Inc.
Garguilo, R.M. ( 2006
). Special Education In Contemparary Society. ( 2nd Ed ). USA : Thomson
Wadsworth .